Tuesday, 27 May 2014
SOLAT KETIKA SAKIT
Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Semoga semuanya berada didalam keadaan yang sihat dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Taala selalu. Sentiasa bersyukur diatas segala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. walau pun nikmat yang sedikit. InsyaAllah Allah akan menambah segala kurniaannya kepada hamba-hambaNya yang bersyukur. Ini kerana nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak boleh dinilai dengan nilai yang boleh dihitung. Ada nikmat yang berupa sesuatu yang tidak dapat dilihat namun boleh dirasa. Nikmat yang terbesar ialah nikmat Islam dan iman, selain itu nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat pancaindera, nikmat keluarga, nikmat pangkat, nikmat harta dan lain-lain. Layakkah kita yang bergelar hamba ini boleh mengenepikan Allah Taala didalam hal-hal perintah dan larangan dari Allah Taala.
Dalam pada kita sihat-sihat kadang-kadang kita akan ditimpa dengan sedikit ujian iaitu sakit. Maka feqah Islam menerangkan kepada kita bagaimana kita perlu melaksanakan solat dalam keadaan kita tidak mampu berdiri.

Berdiri dalam solat-solat fardhu yang lima adalah wajib dan kewajipan ini merupakan salah satu dari rukun solat yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan mana-mana ulamak sepanjang zaman. Dalam kita bersolat adakalanya kita tidak mampu melakukan solat dalam keadaan biasa. Contohnya kita kemungkinan diuji Allah dengan keadaan sakit seperti demam, pening, sakit kaki dan sebagainya...Jadi pilihan yang diberi oleh Allah Taala kepada kita sama ada melakukan solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring. Pilihan pertama selepas berdiri ialah duduk dan jika masih tidak mampu kita boleh mengiring dan juga boleh berbaring. Sedikit ilmu tentang cara-cara melakukan solat dlm keadaan uzur.
Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
UMAT ISLAM WAJIB BERSOLAT SAMADA KETIKA SIHAT ATAU SAKIT.
SOLAT KETIKA SAKIT ITU ADALAH SOLAT TERBAIK DI DALAM HIDUP KITA. SEKIRANYA KITA MATI DI DALAM KEADAAN SOLAT MAKA ITULAH PENGAKHIRAN YANG TERBAIK, NAMUN JIKA KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG BURUK PADA KITA.

CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
![]() |
Duduk Iftirasy (sebaik-baik solat duduk) |
1. SOLAT SAMBIL DUDUK
- - Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- - Mengadap kiblat
- - Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
- - Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
- - Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
- - Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk seperti biasa dalam keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi.. Takbiratul ihram macam biasa sambil berdiri, rukuk, dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kemudian kita bangun kembali berdiri untuk membaca surah al- Fatihah, rukuk dan duduk atas kerusi untuk sujud.
Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada minima dan masih membolehkan bersolat seperti biasa maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiallahu-anhu meriwayatkan hadis berikut: Ketika Rasulullah s.a.w. memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda: "Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri." Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan) solat.
Solat secara duduk tidak perlu diulang semula.
2. SOLAT BARING MENGIRING (pilihan pertama )
- - mengiring di atas rusuk kanan
- - muka dan dada mengadap kiblat
- - Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
- - Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
![]() |
Solat Mengiring (Lambung Kanan) |
3. SOLAT BARING MELENTANG (pilihan kedua)
- - baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- - tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- - Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
- - Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat
- - Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.
![]() |
Solat Baring |
Pilihan ketiga.(baring ke arah mana sekali pun x mengapa)
Bersolatlah dengan hati.
Terima kasih kerana sudi membaca
SEBARKAN ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT.
Terima kasih kerana sudi membaca
SEBARKAN ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT.
Cara Wudhu Ketika Sakit
Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau
rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum
maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa
wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solat-
solat menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh
atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam
keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah
melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.

Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,
mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
bertayammum adalah seperti berikut:
mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
bertayammum adalah seperti berikut:
A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena air.
Cara pertama:
a. Berniat mengambil wudu’ .
b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
plaster.
c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
kena air.
d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
membasuh kaki.

Cara kedua:
a. Dimulakan dengan tayammum .
b. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.
b. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.
B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena air dan debu.
Cara pertama:
a.Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan untuk menyapu debu ke anggota tangan.
b.Menyapu tangan sehingga selesai.
b.Menyapu tangan sehingga selesai.
Cara kedua :
a.Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
b.Membasuh tangan hingga siku.
c.Menyapu kepala.
d.Membasuh kaki.
b.Membasuh tangan hingga siku.
c.Menyapu kepala.
d.Membasuh kaki.
C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.
Cara pertama
a.Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
b.Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
c.Bertayammum.
d.Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
e.Membasuh dua kaki.
b.Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
c.Bertayammum.
d.Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
e.Membasuh dua kaki.
Cara kedua:
a. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
b. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
c. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
d. Menyapu air ke kepala.
e. Membasuh kaki.

D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut.
a.Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b.Membasuh muka.
c.Membasuh tangan.
d.Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
hendaklah bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut kepala.
f.Membasuh kaki.
b.Membasuh muka.
c.Membasuh tangan.
d.Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
hendaklah bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut kepala.
f.Membasuh kaki.
E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air
Cara pertama
a.Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b.Membasuh tangan.
c.Menyapu kepala.
d.Bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
menyapu air di atas balutan kaki.
b.Membasuh tangan.
c.Menyapu kepala.
d.Bertayammum.
e.Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
menyapu air di atas balutan kaki.
Cara kedua
a Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
b Membasuh tangan.
c Menyapu kepala .
d Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan kaki.
e Bertayammum.
b Membasuh tangan.
c Menyapu kepala .
d Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan kaki.
e Bertayammum.
Perhatian
- Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
- Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan tayammum yang tidak dapat disempurnakan.
- Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala yang memadai sapu .
- Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)